Apakah hepatitis C?

Hepatitis C merupakan sejenis virus yang mengakibatkan penyakit hati. Minum terlalu banyak alkohol, menggunakan dadah, bahan kimia tertentu dan virus lain tertentu juga boleh mengakibatkan penyakit hati.

Hati anda sangat penting untuk kesihatan anda. Apabila hati tercedera atau rosak, hati mungkin tidak berfungsi begitu baik dan boleh mengakibatkan anda sakit teruk.

Hepatitis C kadang-kadang dipanggil “hep C”.


Bagaimana saya boleh dijangkiti hepatitis C?


Anda boleh jangkiti hepatitis C jika darah seseorang penghidap virus hepatitis C masuk ke dalam aliran darah anda. Walaupun titisan darah terlalu kecil untuk dilihat, anda boleh dijangkiti hepatitis C.

Kegiatan berisiko tinggi

  • berkongsi jarum, picagari dan sudu untuk menyuntik dadah merupakan cara yang paling biasa orang dijangkiti hepatitis C
  • membuat tatu, menindik tubuh atau upacara adat secara tidak steril
  • prosedur di mana kulit ditembusi jarum perubatan, pergigian atau akupunktur yang tidak steril

Kegiatan berisiko rendah

  • seseorang ibu yang menghidap hepatitis C boleh memberi penyakit ini kepada bayinya semasa mengandung atau bersalin
  • berkongsi berus gigi dan pisau cukur
  • kecederaan cucuk jarum tidak sengaja pada pekerja kesihatan

Anda tidak boleh menghidap hepatitis C daripada:

  • berkongsi tandas atau tempat mandi
  • berpeluh atau membasuh pakaian seseorang penghidap hepatitis C
  • berkongsi alat makan, pinggan atau cawan dan gelas
  • makan makanan yang dimasak oleh seseorang penghidap hepatitis C
  • bersin, batuk, bercium atau berpeluk
  • kolam renang
  • gigitan haiwan atau serangga (mis. nyamuk)

Pelalian, pemindahan darah dan prosedur perubatan dan pergigian adalah selamat di Australia apabila semua peraturan diikuti.

Bagaimanakah saya tahu sama ada saya menghidap hepatitis C?


Kebanyakan orang tidak kelihatan atau berasa sakit. Gejala yang paling biasa ialah rasa mual. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah  melalui ujian darah.

Bilakah saya perlu diuji?


Mintalah ujian daripada doktor anda sekiranya:

  • anda pernah menyuntik dadah, walaupun hanya sekali atau lama dahulu. (Dadah juga termasuk steroid untuk membina badan)
  • anda pernah dipenjarakan di  mana-mana negara
  • anda menjalani pemindahan organ atau pemindahan darah di Australia sebelum tahun 1990 atau di mana-mana negara lain sebelum pengujian hepatitis C bermula anda mempunyai sebarang tatu atau tindikan kulit
  • anda berasal dari negara yang mempunyai banyak penghidap hepatitis C seperti Afrika, Timur Tengah (terutamanya Mesir), Mediterranean, Eropah Timur dan Asia Selatan
  • ibu anda menghidap hepatitis C
  • Anda seseorang lelaki, menghidap HIV dan berhubungan seks dengan lelaki
  • pasangan seks anda menghidap hepatitis C

Apakah akibat virus hepatitis C terhadap tubuh saya?


Virus Hepatitis C memasuki sel-sel hati dan membina lebih banyak virus di dalam sel-sel tersebut. Tubuh melawan virus dalam sel hati, yang boleh mencederakan hati. Kadang-kadang tubuh akan sendiri melawan semua virus tersebut. Ini boleh berlaku dalam tempoh enam bulan setelah anda menghidap virus tersebut.

Tubuh kebanyakan orang tidak dapat melawan semua virus tersebut. Setelah bertahun-tahun, hati sangat tercedera dengan banyak parut. Ini dipanggil ‘sirosis’ dan boleh mengakibatkan barah hati dan kegagalan hati.

Adakah hepatitis C boleh dirawat atau disembuhkan?


Ya. Doktor anda boleh memberi anda ubat untuk menyembuhkan hepatitis C.

Adakah saya perlu memberitahu sesiapa jika saya menghidap hepatitis C?


Di bawah undang-undang anda mesti memberitahu orang berikut:

  • jika anda menderma darah kepada tabung darah
  • jika anda menderma organ tubuh (contohnya ginjal) atau cairan badan lain (contohnya sperma)
  • sesetengah syarikat insurans meminta anda memberitahu sama ada anda menghidap hepatitis C atau penyakit lain. Sekiranya anda tidak memberitahu, syarikat insurans mungkin tidak akan membayar anda apabila anda membuat tuntutan
  • jika anda ingin menyertai Angkatan Pertahanan Australia (ADF), anda perlu memberitahu mereka.
  • Jika anda seorang pekerja kesihatan yang melakukan prosedur perubatan di mana anda tidak dapat melihat tangan anda (seperti pakar bedah atau doktor gigi), anda mesti memberitahu majikan atau penyelia anda dan meminta nasihat daripada doktor pakar.

Anda tidak perlu memberitahu:

  • majikan
  • rakan sekerja atau rakan sekelas
  • keluarga
  • sahabat anda.

Doktor anda tidak boleh memberitahu keluarga anda

Bagaimana saya boleh mencegah hepatitis C?


  • jangan berkongsi jarum, picagari dan sudu untuk menyuntik dadah
  • pilih studio tatu dan menindik dengan teliti. Gunakan para
  • profesional yang berlesen. Pastikan mereka menggunakan jarum dan dakwat baru untuk setiap pelanggan
  • sentiasa gunakan kondom jika anda mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual, terutamanya jika anda seorang lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki
  • elakkan darah atau produk darah di negara-negara yang tidak menguji derma darah
  • jangan berkongsi berus gigi atau pisau cukur
  • jika anda seorang pekerja kesihatan, sentiasa ambil langkah-langkah waspada standard

Walaupun anda menghidap hepatitis C pada masa lalu dan mengambil ubat untuk menyembuhkan penyakit ini, anda masih boleh menghidap hepatitis C sekali lagi.

Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan nasihat?


Terdapat banyak persatuan hepatitis C di Australia untuk memberi anda bantuan, nasihat dan sokongan.


Dapatkan sokongan daripada komuniti hepatitis

Maklumat lanjut