Apakah ‘STI’?

STI merupakan singkatan untuk jangkitan seksual (Sexually Transmissible Infection).

STI ialah penyakit yang boleh menjangkiti anda ketika anda berhubungan seks.


Bagaimana saya boleh dijangkiti STI?


Kuman STI hidup pada kulit, dalam darah atau dalam cairan seks seperti air mani, cairan faraj.

Anda boleh dijangkiti STI melalui hubungan seks (seks faraj, dubur atau mulut) atau sentuhan kemaluan.

Anda boleh dijangkiti STI jika anda tidak menggunakan kondom.

Apakah akibat STI terhadap tubuh badan?


Bagi wanita, STI boleh menyebabkan:

  • sakit perut yang teruk
  • lelehan daripada faraj
  • bintik-bintik berdekatan faraj
  • bayi tumbuh di luar rahim
  • wanita tersebut bersalin terlalu awal (keguguran)
  • bayi mengalami sakit teruk

Bagi lelaki, STI boleh:

  • menghalang lelaki tersebut daripada mendapat anak
  • menyebabkan lelehan daripada zakar
  • meninggalkan bintik-bintik pada zakar
  • menyebabkan rasa perih apabila membuang air kecil (kencing)

Bagaimanakah saya tahu sama ada saya menghidap STI?


Banyak orang tidak sedar bahawa mereka menghidap STI kerana mereka kelihatan dan berasa sihat tanpa tanda atau gejala. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah menjalani ujian.  Terdapat pelbagai ujian untuk pelbagai STI. Ujian-ujian tersebut ialah:

  • pengujian air kencing anda
  • pengujian darah anda
  • kemaluan anda digosok untuk pengujian jangkitan

Anda mungkin harus menjalani hanya satu ujian atau ketiga-tiga ujian. Doktor anda akan memberitahu anda ujian mana yang harus anda jalani.

Bolehkah STI dirawat atau disembuhkan?


Sesetengah STI boleh disembuhkan secara cepat dan mudah dengan ubat. Sesetengah STI boleh dirawat tetapi tidak dapat disembuhkan.

Anda boleh menghidap STI sekali lagi walaupun selepas pengubatan selesai dan STI disembuhkan.

Bilakah perlu saya diuji?


Anda harus menjalani ujian STI sekiranya:

  • anda berhubungan seks (termasuk seks faraj, mulut atau dubur) tanpa kondom
  • anda mengalami sebarang gejala
  • anda bimbang tentang kesihatan seksual anda
  • anda berasa anda mungkin menghidap STI
  • Kondom anda bocor atau tertanggal semasa hubungan seks
  • anda atau pasangan anda berhubungan seks dengan orang lain
  • anda atau pasangan anda berhubungan seks dengan orang lain sebelumnya
  • anda berkongsi jarum, picagari, sudu untuk menyuntik dadah
  • anda memulakan hubungan seks baru.

Apakah ujian STI?


Ujian STI cepat, tidak mengakibatkan rasa sakit dan biasanya percuma. Ujian ini berlainan untuk lelaki dan wanita. Doktor atau jururawat akan mengambil sedikit cairan badan, misalnya air kencing, air liur (ludah), cairan faraj atau darah. Terdapat beberapa ujian yang boleh anda lakukan sendiri.

Ia mengambil masa 1 atau 2 minggu untuk memperoleh hasil ujian.

Hasil ujian saya ‘positif’. Apakah yang boleh saya lakukan?


Hasil ujian ‘positif’ bermakna anda menghidap STI. Doktor akan memberikan ubat yang cepat dan mudah digunakan.

Ingat, sesetengah STI dapat dirawat tetapi tidak dapat disembuhkan.

Adakah saya perlu memberitahu sesiapa jika saya menghidap STI?


Anda harus memberitahu pasangan seks anda, dan pasangan seks anda juga harus menjalani ujian. Sekiranya pasangan seks anda tidak diuji dan tidak menggunakan ubat, anda boleh terus memberi STI antara satu sama lain.

Sekiranya anda tidak dapat memberitahu pasangan seks anda, mintalah doktor atau jururawat memberitahu mereka. Mereka tidak akan memberi pasangan seks anda maklumat tentang anda. Ini dipanggilpengesanan kenalan”.

Anda tidak perlu memberitahu

  • majikan
  • rakan sekerja
  • sahabat
  • keluarga

Bagaimanakah boleh saya pastikan saya tidak memberikan STI kepada orang lain?


  • jangan berhubungan seks sehingga anda dan pasangan seks anda telah selesai menggunakan ubat
  • gunakan kondom

Bagaimana boleh saya cegah STI?


Cara terbaik untuk mencegah dijangkiti STI adalah dengan menggunakan kondom setiap kali anda berhubungan seks.

Maklumat lanjut